Tuesday 15 May 2012

DIARI SEORANG REMAJA 


BAB 1

Kringgg! Tepat pukul enam pagi loceng Mickey Mouse milik Shasha berbunyi. Dengan malasnya,Shasha bangun dan mencapai tuala. Arghh,air yang sejuk membuatkan Shasha mandi sambil menggigil. Selesai bersiap,jam loceng Mickey Mouse yang comel itu dipandang. Masih ada beberapa minit untuk dia berehat. Tubuh Shasha menghempap tilam yang empuk dan teddy bear kesayangan dipeluk dengan erat. Pada mulanya ingin berehat tetapi nampaknya sudah terbabas....

'Shaaaaa! Kamu tak nak pergi sekolah lagi ke? Dah pukul 7 ni! Terlewat nanti jangan salahkan mama!' terdengar suara lantang milik Puan Hayaty.

'Aduuuih,siapa pula yang kacau orang nak tidur ni?' ditutup kedua-dua telinga dengan bantal kecil.

'Oiii mak cik Sha! Cepatlah sikit! Saya nak pergi sekolah dah ni.' kedengaran pula suara kakaknya,Sharlina.

'Ya ya,nak bangun lah ni!' Shasha segera bangun. Lama dia merenung ke arah jam Mickey Mouse itu. Shasha tersedar dari lamunan. 'Aaa! Kenapa tak kejut Sha?!' Dah lambat ni.Tak sempat sarapan!

Tanpa melihat wajah di cermin dahulu,Shasha segera keluar dengan langkah yang laju. Sampai sahaja di ruang tamu,Mama dan Kakak memandangnya pelik.

'Kenapa?' Shasha menanya sambil memakai kasut

'Kau ni nak pergi konsert Black Metal ke apa? Rambut tu dah macam sarang tebuan saya tengok! Tu ha,tepi mulut tu apa? Eeei,malu lah nak jalan dengan kau nanti.'  ujar Sharlina.

Shasha segera melihat ke arah cermin. Ya Allah! Rambut yang disikat rapi menggunakan perapi tanpa bilas Sunsilk dah jadi kusut masai! Baju kurung pun dah berkedut-kedut seribu. Ditepi mulut ada air liur basi!

'Tudung kamu mana ,Sha? Nak pergi sekolah tak pakai tudung?' tanya Puan Hayaty yang sedang menyimpan laptopnya ke dalam beg.

Shasha tersentap. 1..2..3... Shasha menjerit dengan sekuat hati! Macam mana boleh lupa nak seterika tudung ni? Walaupun hidup dalam serba kemewahan tetapi Puan Hayaty menetapkan agar anak-anaknya berdikari.Baju-baju sekolah semuanya di seterika sendiri. Sharlina memang handal dalam bab seterika baju tetapi Shasha pula sebaliknya.Shasha agak kurang mahir terutama apabila menyeterika tudung.Kalau pergi ke sekolah,mesti bergaris-garis tudungnya.

'Hei! Apa anak dara menjerit macam tengok juon ni?' marah Puan Hayaty.

'Mama! Sha lupa gosok tudung lah!'

'Ah sudah. Saya tak larat tunggu kau. Bersiap macam tuan puteri! Mama,kita pergi dulu lah. Nanti suruh Pak Jamal ambil adik kemudian.'

'Amboi,senang kau cakap? Kau ingat saya suka ke jadi famous kat perhimpunan? Macam mana ni? Hmm,Sha skip school today lah ma.Boleh?' Dia tersenyum manja.

'Tak boleh! Tahun lepas rekod kedatangan kamu teruk! Ponteng sekolah aje kerjanya. Sudah-sudah,pergi ambil tudung pakai cepat.Kedut ke tak kedut,kamu punya pasal.Make sure you`re ready in 5.' tegas Puan Hayaty. Rekod kedatangan Shasha tak lah teruk sangat cuma lebih kurang 11 kali sahaja tidak ke sekolah.

Dengan lemah longlainya Shasha turun dari tangga bersama tudung yang hanya dipegang di tangan.Agak jelas kelihatan kedutan di tudung itu. Cukup lah hanya memakai anak tudung di kepala. Kononnya nak tunjuk tanda protes tak mahu pergi sekolah. Puan Hayaty langsung tidak mempedulikan Shasha yang sedang menagih simpati.Banyak lagi kerja di pejabat yang perlu diselesaikan daripada nak fikirkan pasal budak kecil ni!  Sharlina sibuk dengan phone nya. Entah dengan siapa Lina mesej pagi-pagi ni. Boyfriend dia agaknya. Bila terima new message aje,terukir senyuman bahagia di bibir. Shasha yang dari tadi moody menjadi bertambah moody melihat kakaknya yang sangat bahagia. Mentang-mentang lah ada boyfriend! Bila pula aku nak ada boyfriend ni? Eh tak nak tak nak. Nak teman tapi mesra je. Hihi. Shasha tersenyum seorang diri melihat ke luar tingkap.

Tangan tua Puan Hayaty dicium oleh anak-anaknya. Mengambil berkat ibu. 'Belajar elok-elok ya! Assalamualaikum' pesan Puan Hayaty sebelum bergerak ke pejabatnya. Setelah menjawab salam,Sharlina dan Shasha segera berlari ke tapak perhimpunan seperti pelari marathon.Shasha sikit lagi mahu mencium tanah akibat kaki tersangkut pada kainnya yang labuh.Sharlina tidak lagi mempedulikan adiknya yang kelam kabut itu. Mereka berdua bernasib baik kerana jarak di antara rumah dan sekolah mereka tidak jauh. Selesai mendengar bebelan daripada guru-guru dan pengetua,pelajar diarahkan masuk ke kelas.Yang lebih menyeronokkan apabila pengetua menyuruh pengawas menjaga kelas kerana guru akan bermesyuarat. Belum sempat pengetua menghabiskan ucapannya ,pelajar sudah mula menggalas beg dan bergosip. Tak faham lagi ke,wahai pengetua? Kami semua tak larat nak berdiri sambil mendengar leteran yang sama setiap pagi.

Suasana di dalam kelas 3 Fikrah seperti biasa,amat bising.Macam-macam aktiviti yang dijalankan pagi ini oleh pelajar 3Fikrah seperti membuat kerja sekolah yang masih belum siap,bermain psp serta telefon bimbit yang tak sepatutnya dibawa ke sekolah,untuk yang tak sarapan pagi lagi sedang sibuk mengunyah makanan,bergosip,baling-baling kertas dan sebagainya.

'Shasha 'Adeh'lina!' jerit satu suara.Aku mencari-mencari kelibat orang yang memanggil namaku. Tiba-tiba mataku tertumpu pada seorang mamat yang tersengih-sengih menunjukkan sebarisan gigi nya.

'Oi! Apa Adeh adeh? Nama aku Adelina lah! Jangan suka-suka hati ubah!' marah Shasha. Pantang namanya diubah.Walaupun sedikit,jangan main-main dengan namanya yang comel itu.

'Lawa tudung! Baru beli ke? Rasanya baru beli kan sebab masih ada kedut-kedut.Tahu lah anak orang kaya,beli tudung baru setiap bulan tapi at least seterika lah dulu.' Senyap! Semua pelajar melihat ke arah Shasha. Semua menahan ketawa tetapi semakin lama ditahan,semakin hodoh muka mereka. Pecah lah gelak ketawa mereka sambil menunjuk-nunjuk ke arah Shasha.

'Kau memang nak kena,Faizzzzz!' jerit Shasha. Adegan kejar-mengejar Shasha dan Faiz menjadi tontonan 3Fikrah. Free movie only in 3F! Habis barang-barang Faiz yang dirampas oleh Shasha dibaling ke arah Faiz.Pukkk! Correction tape kena tepat pada hidung Faiz. 'Gollllll!' jerit Shasha lagi. Pengawas dari kelas sebelah,Intan datang ke kelas Shasha. Tetapi apa yang dia mampu buat hanya menggeleng kepala dan melihat sahaja aksi Shasha dan Faiz.

'Wehh! Apa bising-bising ni? Aku tak boleh fokus baca buku! Korang dua ni tak ada kerja lain nak buat?Asyik gaduh 24 jam.Rimas aku tengok.' suara matang yang datang dari arah hujung kelas mengejutkan Shasha.Nada suaranya tidaklah lah seperti orang marah tetapi setiap butirannya kedengaran jelas.

'Kau sibuk apa? Nak baca ,duduk dekat library. Aku ada serangan balas nak buat ni!' lawan Faiz. Faiz memang tidak mahu kalah dengan sesiapa.Baginya,dia perlu menjadi juara untuk semua perkara.

'Yang kau tu? Nak buat serangan balas,pergi main paintball.Kelas bukan tempat nak buat serangan.Kau tu pula,minah!' tersentak aku. Aku ke 'minah' tu?  'Jaga adab kau sebagai perempuan boleh tak? Tak tahu malu ke kejar lelaki dalam kelas?' dia bersuara lagi.

Sssss,pedasnya bahasa kau. Tadi elok je kau gaduh dengan Faiz yang tiba-tiba kaitkan aku sekali kenapa? Kau nak buat aku malu sekali lagi ye?

'Kau kisah apa? Aku tak minta nasihat kau pun! Betul apa yang Faiz cakap,kau nak baca buku pergi library.Kat sini,semua orang lebih suka tengok pergaduhan aku dengan Faiz.Sekurang-kurangnya dia orang ni gelak. Tak macam kau,cakap pun tak ada ekspresi muka!' Amek kau! Nak sangat tegur aku ye? Ni Shasha Adelina lah! tak takut sama lu!

'Heh,sama je korang dua ni kan? Memang sesuai lah kalau kahwin sekali nanti.' Dia ketawa kecil. Kelas sekali lagi senyap seolah-olah terpegun. 'Ooooooooooooo ' satu kelas membuat bunyi yang sama.Seolah-olah telah berpakat.

'Sesuai gitu! Shasha Adelina dan Faiz Farkhan! Dua-dua tak mahu mengalah. Selamat pengantin baru,Sha!' Syazmir cuba mengusik.

'Kau nak kasut aku kena muka kau ataupun masuk mulut kau,Syaz?' aku memandang tajam ke arah kawan baikku,Syazmir. Sengaja aku memanggilnya dengan nama singkatan 'Syaz'.Syazmir ketawa terbahak-bahak dan segera duduk di tempatnya.Itu bukan bermaksud dia takut dengan amaran aku cuma dia sudah biasa dengan sikap aku yang cepat naik angin.Dah faham sangat lah perangai Shasha Adelina!

Pengawas segera mengambil alih situasi yang tegang tersebut. 'Semua duduk tempat masing-masing! Shasha,Faiz! Denda berdiri di luar kelas selama 30 minit!' arah pengawas tersebut. Mak i and you! 30 minit? Gila ke apa? Aku dengan tudung berkedut-kedut nak berdiri luar kelas? Pelajar lalu lalang koridor kelas!Kalau ada senior hensem usha aku macam mana? Malu! Pengawas ni memang baik! Baik kena pecat! Menyeksa aku,Shasha Adelina yang tiada mood nak datang ke sekolah dengan tudung berkedut. Ikutkan hati nak lawan je pengawas ni tapi dia dah bagi warning awal-awal. Kalau tak mau berdiri luar kelas,ikut dia ke bilik disiplin.

Kami diarahkan masuk ke dalam kelas selepas mendapat kebenaran Ketua Pengawas.Mungkin muka aku yang comel ni ditambah dengan lesung pipit membuatkan Ketua Pengawas jatuh hati. Apa-apa pun,terima kasih ya Ketua Pengawas ku! Waktu ketiga,pembelajaran berjalan seperti biasa.Guru Bahasa Malaysia kami memang funky dan straight forward.Tak ada tapis-tapis. Kalau ada yang terasa,nasib lah!

'Ei,Zaim! Boleh duduk diam-diam tak?I can`t see the teacher`s face!' jeritanku tak begitu kuat.Jerit-jerit ayu kononnya. Zaim hanya menganggukan kepalanya berulang-ulang kali. Seminit kemudian,tangan Zaim mula bergerak-gerak dan disertakan dengan badannya sekali.

'Weh Zaim! You nak menari tarian Zapin ke apa? Baru seminit dah bergerak.' Saja aku memarahi Zaim walaupun aku tahu budak Zaim ni memang tak reti duduk diam.Ada saja bunyi yang keluar dari mulut dia.

'Ya ya,i duduk diam-diam'  Pelat Zaim susah aku nak faham dulu.Dia ni tinggal dekat England selama 5 tahun.Nasib baik dia boleh cakap bahasa malaysia walaupun kurang lancar. Kalau dengan perempuan tak pernah beraku-engkau. I u dan awak saya je.

Sejam pembelajaran berlangsung. Crookkk Crokkk! Dilla memandang ke arah aku. 'Kau lapar ke?' tanya Dilla yang duduk disebelahku.

'Mesti lah lapar.Tak sempat sarapan tadi lah Dilla. Aku mandi then tidur balik sampai pukul 7 baru sedar.Then,aku baru ingat tudung tak seterika lagi. Buat malu je datang sekolah dengan tudung macam ni.Hmm' aku meluahkan perasaanku kepada Dilla yang sentiasa mendengar.

'Kita pergi bilik KH japgi okey? Kat situ rasanya ada Ironing Board.Kita minta kebenaran cikgu dulu.' jawapan Dilla menenangkan aku.

Semasa rehat,kami segera ke bilik KH setelah mendapat kebenaran guru bertugas.Terkocoh-kocoh aku berlari masuk kedalam bilik KH.Pintu bilik Kh dikunci.Tiba-tiba..

'Oi oi,bagi aku keluar dulu.' terdengar suara dari sudut bilik KH.

Suasana sunyi sepi.Aku memandang Dilla,Dilla kelihatan ketakutan.Siapa pula yang ada dalam bilik kh ni?Padahal,kami yang pegang kunci.Aku berasa seram sejuk. Aku memegang tangan Dilla yang sentiasa panas Kami menjerit dengan sekuat yang mungkin dan terus berlari keluar dari bilik kh tanpa mengunci semula pintu bilik tersebut.Kalau dah takut,macam-macam boleh jadi.Kalau nak diikutkan,aku tinggal je Dilla kat belakang.